Monday, May 16, 2005

Life..

SEMALAM..
Aku menyaksikan seorang kanak-kanak kecil,
Riang bermain di laman bersama teman-teman,
Wajah yang suci bersih dari palitan noda,
Kegembiraan terukir,
Itulah dunianya..

HARI INI..
Aku menyaksikan seorang dia,
Berhempas pulas untuk mendapatkan kejayaan,
Bersengkang mata meratah bicara gedung ilmu,
Menyendiri untuk ketenangan,
Bagi kekal di medan perjuangan..

Aku yakin dia bisa mengerti,
Bukan senang untuk mengukir kejayaan di gedung itu,
Ketabahan, kegigihan, ketekunan, keikhlasan,
Perlu disatukan,
Demi mencipta kejayaan..

Aku lihat kadangkala dia terpaku sendiri,
Merenung nasib diri yang belum tentu kesudahannya,
Namun jelas tergambar di wajahnya,
Kepasrahan pada Ilahi..

ESOK..
Aku lihat dia menangis gembira,
Atas ukiran usaha yang membuahkan kejayaan,
Tiada siapa yang lebih mengerti rasa kesyukurannya,
Melainkan Aku..
Kerana Aku adalah dia...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home